Jumat, 27 Desember 2013

MB Selangor Rasmi Mesin Bernilai RM30 Juta



KLANG – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merasmikan mesin baru Continuous Colour-Coating Line (CCL) bernilai RM30 juta milik YKGI Holdings bernilai RM30 juta dan bangunan korporat baru syarikat itu di sini semalam.

YKGI Holdings dalam satu kenyataan media memberitahu, mesin pengeluaran baharu yang dirasmikan Abdul Khalid tersebut adalah kemudahan pengeluaran terbaru yang dibina oleh syarikat tersebut di kilang utama mereka di Klang.

“YKGI Holdings terlibat dalam sektor perkilangan, perdagangan dan pemprosesan keluli. Kilang di Klang secara kolektif menempatkan empat mesin pengeluaran utama dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 250,000 hingga 300,000 tan metrik,” kata kenyataan itu hari ini.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif YKGI Holdings, Datuk Soh Thian Lai berkata, pembinaan mesin CCL baharu itu dijangka meningkatkan pendapatan tambahan syarikat sebanyak RM100 juta.

Justeru, katanya, hasil daripada mesin baharu tersebut dijangka melonjakkan perolehan syarikat  sebanyak RM462 juta pada tahun lalu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar