Kamis, 06 Februari 2014
Liam Serah Cincin Tunang RM781 000 Pada Miley

LOS ANGELES – Meskipun mereka tidak lagi mempunyai hubungan, namun Liam Hemsworth mahu bekas tunangnya, Miley Cyrus menyimpan cincin pertunangan mereka yang bernilai RM781,000.

Ia sebagai sebagai simbol hubungan mereka sebelum ini.
Aktor tersebut sebelum ini terlibat secara langsung dalam pemilihan cincin berlian berkenaan termasuk merekanya bersama dengan pereka Neil Lane.
“Liam mahukan sesuatu yang romantik dan cantik,’’ kata pereka berkenaan ketika Liam dan Miley mengumumkan pertunangan mereka pada 2012.
Jelasnya Lane, Liam mahu ia kelihatan cantik supaya Miley akan selalu mengingati detik-detik dia menyarungkan cincin ke jari penyanyi tersebut.
Miley, 20, kali terakhir dilihat memakai cincin berkenaan ialah pada 8 Ogos lalu ketika berada di khalayak ramai bersama Liam.
Pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka pada Isnin lalu selepas sekian lama berdolak dalik mengenai hubungan mereka yang berantakan itu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar