Selasa, 11 Februari 2014
Presiden Singapura Lawat Universiti Malaya

KUALA LUMPUR – Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam hari ini melawat Universiti Malaya (UM), universiti tertua negara, sebagai sebahagian daripada rangka lawatan negara tiga hari beliau di Malaysia.
Tan dan isteri Mary, tiba di Bangunan Canselori di sini pada pukul 9.50 pagi dan disambut Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.
Semasa lawatan selama sejam itu, Tan mengunjungi pameran lukisan koleksi berharga yang disimpan di Galeri Seni UM.
Koleksi tinjauan seni itu terdiri daripada karya artis M.F Hussain, yang terkenal dengan ‘Picasso of India’.
Antara karya seni Hussain dalam simpanan UM ialah ‘The Birdcage’, ‘Streetscene’, ‘Bluehead’ dan ‘Self-Potrait’.
Tan juga diberi taklimat oleh Ghauth mengenai perkembangan terbaharu UM termasuk penyelidikan berimpak tingginya.
Tan memulakan lawatan rasmi ke Malaysia semalam. – BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar